My Quill and I

A Way I Xpress!

Monday, January 17, 2011

Fantasi KAAfamily - Bab 1 : Cahaya Mei Gui

Fantasi KAAfamily
Cahaya Mei Gui



    Pada suatu petang yang indah, aku serta K.A.A.family berbaring pada lereng bukit di taman rahsia kami yang terletak di belakang suatu kawasan perumahan flat. Taman ini amat istimewa kerana ia seolah-olah tidak dapat dikesan oleh sesiapa kecuali kami. Ia hanya sebuah taman yang kecil tetapi kami amat menghargainya.
    Kami asyik mengimbas langit yang beransur bertukar warna daripada biru langit kepada merah senja. Tiba-tiba terdapat suatu cahaya kuning kemerahan muncul di antara dua kelompok awan. Cahaya tersebut amat kuat sehingga ia mengaburkan deria penglihatan kami lalu menyebabkan kami pengsan.
    Tiga puluh minit kemudian, aku tersedar. Langit sudah bertukar menjadi warna biru gelap. Aku cuba untuk duduk tetapi kepalaku tiba-tiba sahaja sakit. Ia memaksa diriku berbaring semula. Selepas lima minit, sakit kepalaku sudah berkurangan. Aku cuba hendak berdiri. Aku hilang keseimbangan dan hampir jatuh tersungkur. Mujurlah Husna sempat menyambar tanganku sebelum aku jatuh mencium bumi yang lembap. Aku melihat sekelilingku. Kawan-kawanku yang lain sudah mula menyedarkan diri dan cuba untuk berdiri.
    Aku melihat jamku. Sudah pukul 7.38 minit malam. Aku tak endahkan pun masa pada waktu itu. Sebaliknya, aku menghirup udara segar sedalam-dalamnya. Udara nyaman bercampur dengan bau rumput yang baru saja dipotong.
    "Mira! Cepatlah. Tak nak balikkah?" soal Salina.
    Aku berpaling memandang Salina. Senyuman terukir pada wajahku. Aku memandang langit yang kosong sambil kakiku bergerak ke belakang menghala ke arah basikalku.
    Aku, Hanis, Shafiq, Laila, Irfan dan Haris mengayuh basikal menghala ke selatan. Pada petang itu, jalan raya utama lengang. Tiada sebuah kereta pun yang terserempak dengan kami. Aku agak bingung dengan situasi ini. Tanpa kusedari, kami sudah sampai di persimpangan taman perumahanku.
    "Ingat. Jika ada masalah, telefon aku," pesanan terakhirku sebelum kami berpecah menghala ke rumah masing-masing.
    Mereka membalas dengan anggukan. Kami berpecah menghala ke rumah masing-masing.
    Apabila aku tiba di rumahku, pintu pagar terbuka luas. Begitu juga pintu rumah. Aku menyelak daun pintu perlahan-lahan lalu melihat keadaan rumahku yang bersepah. Buku-buku dan kertas berselerak di atas lantai. Kusyen kerusi tidak teratur. Beberapa kerusi terbalik. Cekera-cekera padat bertaburan di atas lantai.
    "Mama! Mama!? Mira dah balik," anehnya. Tiada sesiapa yang menjawab.
    Aku memeriksa setiap bilik dan mendapati ia bersepah serta kosong.
    "Aduhai, mana pulalah mereka ni?" sebaik sahaja aku turun ke ruang tamu, telefon bimbitku berdering. Halizzah, Syahir, Safuraa dan Aini menelefonku serentak. Aku menyambung semua panggilan agar aku dapat bercakap dengan semua.
    "Mira, kau ada rasa sesuatu yang pelik tak?" soal Adila.
    "Ada. Mak ayah aku tak ada. Semua orang telefon aku. Mereka pun kata mak ayah dan keluarga mereka tiada," aku menjawab.
    "Habis. Apa yang perlu kita lakukan sekarang?"
    Aku tidak pasti apa yang perlu aku katakan kepada rakan-rakanku.
    "Begini. Semua dengar! Bawa empat helai baju dan empat pasang seluar trek. Datang rumah aku dalam lima minit. Cepat!" aku memberi arahan lalu meletakkan telefon.
    Aku segera mengemas ruang tamuku. Selepas lima minit, rakan-rakanku mula muncul di hadapan rumahku.
   
    "Semua sudah ada?" aku bertanya kepada kawan-kawanku. Semua membalas dengan anggukan.
    "Baik. Dalam perjalanan aku pulang ke rumah, setiap rumah yang aku lalu kelihatan kosong. Nik kawasan perumahan awak bagaimana?" aku menyoal Nik.
    "Kosong juga," Nik menjawab.
    "Atiqah?"
    "Kosong," Atiqah menjawab dengan ringkas.
    "Shafiq?"
    "Kosong," jawapan daripada Shafiq.
    "Ok. Nampaknya hanya ada kita sahaja di kawasan Pandan Indah ni. Kita tinggal dulu di rumah aku buat sementara waktu. Mulai sekarang, kita tidak boleh berpisah. Nanti, jika ada apa-apa yang berlaku pasti susah," terangku.
    Hari sudah pun gelap. Jalan-jalan yang gelap dimandi dengan cahaya terang rembulan. Tiba-tiba, Ain merungut yang tangannya terasa panas.
    "Aliah, tangan kita panas. Aduh!"
    "Panas?" soal Aliah.
    Dia menyentuh tangan Ain. Benar, ia sangat panas. Tanpa dijangka, tangan Ain mengeluarkan sebuah pancaran cahaya yang terang.
    Air muka kami serupa. Keliru. Bagaimana Ain boleh mengeluarkan cahaya itu? Ain juga tidak dapat menerima kenyataan ini? Apa yang telah berlaku ni?
    "Ain? Bagaimana cahaya tu muncul?"
    Kepala Ain tidak berganjak walaupun satu milimeter. Masih terkejut dengan situasi yang yang berlaku tiga minit yang lalu. Hanis berdiri lalu duduk di sebeleah Alid. Rancak benar perbincangan mereka.
    "Ain. Cuba kata 'tutup'," aku cuba menyiasat perkara aneh ini.
    "Tutup," tetapi cahaya itu masih terpancar daripada tangan Ain. "Tutup. Tutup!" Ain cuba sedaya upaya tetapi masih gagal.
    Aini berbisik sesuatu kepada Ain. Aku tidak dapat kenal pasti apa yang diberitahu oleh Aini. Aini memberikan anggukan kepada Ain. Ain membalas dengan Aini. Ain memejam matanya. Kemudian, "tutup." Pancaran cahaya itu lenyap. Senyuman mula terlukis pada wajah Ain. Apa yang Aini beritahu tadi, ya?
    "Alif, Hanis. Apa yang kamu berdua bincangkan ni? Rancak betul," kata Aliah. Sedikit cemburu dapat dikesan di dalam kata-katanya sebentar tadi.
    "Hai, kau cemburukah, Aliah?" Husna mengejek.
    Aliah hanya memberi jelingan tajam kepada Husna. Hanis memeriksa tangan Ain dengan penuh teliti. Setiap uratnya ditekap kembali. Umpama penilik nasib. Hanis menjelaskan bahawa cahaya yang telah dipancarkan oleh Ain ada kaitan dengan cahaya ganjil yang muncul di taman tadi.
    "Apa maksud kau?" soal Shafiq. Semua mendengar penjelasan Hanis dengan teliti dan pernuh tumpuan.
    "Kita perlu siasat fasal fenomena ini,"
    "Bagaimana nak siasat? Nama cahaya tu pun tak tahu," kata Haikal, kecewa.
    "Nama cahaya itu 'Mei Gui' atau 'Bunga Mawar'," jelas Hanis sambil melepaskan tangan Ain.
    "Kita perlu pergi ke satu perpustakaan. Perpustakaan itu terletak di dalam satu lagi perpustakaan," kata Alif.
    "Perpustkaan di dalam perpustakaan?" soal Syasya. Alif memberikan anggukan bagi mengesahkan kata-kata Syasya itu benar.
    "Di mana perpustakaan ni?" aku menyoal Alif dan Hanis. Mereka hanya berdiam sahaja. Tiada jawapan yang mereka kemukakan.
    "Nama perpustakaan tu?" aku bertanya. Dengan harapan ada jawapan.
    "Perpustakaan Edium," jawab Alif.
    Semua tidak berkata-kata. Jika bercakap pun, pasti di dalam minda. Aku terasa aneh. Bagaimana Alif dan Hanis dapat mengetahui semua ini? Wujudkah perpustakaan yang mereka katakan ini? Kepintaran mereka ada kaitankah dengan cahaya Ain dan cahaya ganjil itu? Memang aneh. Kitab apa yang mereka baca? Atau--
    "Kamu semua boleh senyap tak?" jerit Nik secara tiba-tiba. Nik bernafas dengan kuat kerana marah akan bising yang kami tidak pasti dari mana atau siapa puncanya. Mukanya mula merah. Semua mata terpaku pada Nik yang menjerit entah tentu fasal.
    "Nik, awak demamkah? Semua senyap tadi. Tiada sesiapa yang bercakap," kata Safuraa.
    "Kamu semua bercakap tadi," Nik menuding jarinya ke arah kami semua. Kemudian, Nik menoleh ke arah Husna. "Husna, boleh tak awak berhenti bercakap fasal makanan? Aku pun lapar," Nik melepaskan geramnya. Air muka Husna berubah menjadi terkejut.
    "Kita tak cakap apa-apa pun Nik," Husna menafikan kata-kata Nik. "Kita hanya fikirkan tentang makanan sahaja," sambungnya lagi dengan nada yang perlahan.
    Benar. Tiada kata-kata yang terkeluar daripada sesiapa pun. Nik berfikir terlalu banyak sehingga dia ... merengkah? Husna hanya fikirkan sahaja. Bagaimana Nik tahu? Dia boleh membaca minda kamikah?
    "Awak boleh membaca minda kamikah?" aku menyoal Nik.
    "Hah!? Apa yang awak cakapkan ni?" Nik menyoalku kembali.
    "Apa yang Mira fikirkan sekarang?"
    "Ada sesuatu yang aneh sedang berlaku pada diri kita. Apa yang peliknya? Kita dengar apa yang awak cakap,"
    Aku serta rakan-rakan yang lain terkejut dengan apa yang telah Nik katakan. Aku tidak berkata apa-apa. Rakan-rakanku yang lain juga berkata sebegitu. Memang sah. Nik boleh membaca minda kami. Nik, awak boleh membaca minda saya. Aku mengangguk ke arah Nik. Saya tidak menipu Nik. Benar.
    Air muka Nik berubah. Ia semakin lembut. Lembut selepas mengetahui kebenaran dan fakta yang dia bukan gila. Dia menghalang Wanie daripada bercakap lalu berkata, " Ya, Wanie, kita dah tahu,". Halizzah memecahkan kesunyian dengan sebuah soalan. "Bagaimana kita nak tahu di mana Perpustakaan Edium?"
    "Kita makan malam dahulu. Nanti kita cuba cari online," aku menjawab.
    Aku, Husna, Halizzah, Hanis dan Adila ke dapur bagi menyediakan makan malam. Kami hanya dapat menyediakan nasi goreng sahaja. Walau bagaimanapun, rezeki tidak dapat ditolak.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home