My Quill and I

A Way I Xpress!

Wednesday, January 19, 2011

Fantasi KAAfamily - Bab 2 : Taman Kita

Fantasi KAAfamily
Taman Kita

        Tadi ketika makan, senyap sahaja. Semua memandang pinggan. Hanya bunyi sudu garfu berlaga didengari. Tiada sesiapa mahu menyatakan apa-apa. Malu hendak berkata-kata. Tidak mengapa... Sebentar lagi banyak perkara yang kita akan perbincangkan.
        Aku membuka komputer riba milikku. Ada juga jalur lebar tanpa wayar yang aktif ketika itu. Aku menekan butang start kemudian melancarkan aplikasi Mozilla Firefox. Ia terus membuka home page yang telah aku tetapkan iaitu laman web Google. "Perpustakaan Idiom," aku menekan satu per satu huruf pada papan kekunci. Sebelum aku menekan tetikus untuk membuat pencarian, Hanis telah menahan tanganku.
        "Mira, Edium bukan di eja begitu. Ejaannya E-D-I-U-M," dia menegur.
        Hanis memadam kembali ejaanku yang salah kemudian dia menaip ejaan sebenar Perpustakaan Edium. Aku hanya memberikan sengihan kepada Hanis. Tetikus di tekan dan dalam masa satu saat hasil pencarian telah dipaparkan pada skrin komputer. Walau bagaimanapun, hasil-hasilnya tiada kaitan dengan Perpustakaan Edium yang kami siasati. Aku rebah kembali pada kerusiku dengan penuh kekecewaan. Kosong. Tiada apa-apa. Nothing.
        "Mira, kami nak pergi ke taman. Nak ikut?" pelawa Irfan.
        Aku membongkokkan badanku ke depan. Aku menutup mata kemudian menarik nafas sedalam yang mungkin lalu melepaskannya perlahan-lahan. Semua perkara yang telah aku lalui hari ni ditolakkan ke tepi buat sementara. Aku berdiri lalu membuat sedikit regangan. Badanku lesu seperti baru sahaja bangun tidur. Aku membuka mataku. Senyuman terukir pada bibirku. Umpama tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi.
        "Jom. Aku nak hirup udara segar sekarang. Rumah ni tiba-tiba bau busuk sejak kamu semua datang," aku mengerut hidungku kerana bau hapak yang datang daripada 'keluargaku'. "Oxygen dalam rumah ni dah berkurang. Aku nak oxygen segar untuk hilangkan tekanan," tekanan? Bila masalah pula aku tertekan ni?
        Kawan-kawanku memandangku. Mata mereka terbeliak oleh kerana kata-kataku. Hanis pula sudah menunjuk tanda-tanda mahu mencebik. Aku berjalan ke arah Hanis lalu meletakkan lenganku pada bahunya.
        "Alah kamu semua tak perlulah merajuk. Aku pun busuk juga," aku dengan selambanya mencium lengan bajuku bagi mengesan bau hapak. Sebenarnya tidak perlu cium pun. Jelas terhidu, akulah yang paling busuk di situ. Aku hanya memberikan senyuman kambing kepada kawan-kawanku. Mereka pula membalas dengan senyuman serta ketawa. Tiada sesiapa yang merajuk.
        "Irfan! Kenapa lama sangat? Kau buat apa kat atas situ!? Aku suruh kau tanya Mira dengan yang lain nak pergi taman tak," suara pasangan Irfan jelas terdengar di bawah.
        Aku hanya ketawa kecil di situ. "Jomlah sebelum si Zuyin tu heret aku ke bawah," Irfan menunjuk ibu jarinya ke bawah bagi memaksudkan Zuyin. Aku mengangguk lalu menutup komputer ribaku. Kemudian aku mengikuti Husna menurun tangga bagi menyertai pelan ahli keluargaku. Aku mencapai kunci rumah untuk membuka pintu. Aqilah memadam lampu dan kipas. Kami menunggang basikal masing-masing lalu berkayuh ke arah taman rahsia kami.
        Udara segar atmosfera telah memenuhi hidungku. Hujankah tadi? Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa telah meniup titisan air pada daun-daun. Titisan-titisan itu pula mendarat pada kulitku. Tenang rasanya apabila alam semulajadi juga tenteram. Tanpa disedari kami sudah tiba di taman. Syahir begitu teruja. Dia henya membaringkan basikalnya lalu rebah ke tanah. Dia berguling-guling di atas rumput lembap sambil berketawa. Syahir kelihatan seperti tidak berjumpa dengan taman ini selama sebulan. Taman ini umpama dilindungi dengan magis. Ia sentiasa di hati kami. Sentiasa diingat-ingatkan di dalam minda. Ia sunyi tetapi tenang. Tenteram. Taman yang Indah? Taman Magis? Taman... Kita? Ya, Taman Kita.
        "Mira, apa yang kau renungkan tu? Angau dengan siapa?" Ummi memanggilku.
        "Dia fikir tentang taman ni. Taman Kitakan, Mira?" ujar Nik.
        Aku memandang Nik. Senyuman perlahan-lahan terbentuk pada wajahku. Aku memandang langit yang gelap dan dipenuhi dengan berpuluh-puluh bintang.
        "Ya, ni Taman Kita,".
        Aku berjalan ke arah kawan-kawanku. Apabila aku berlalu di hadapan Wanie, dia membetulkan postur duduknya. Tiba-tiba matanya berubah menjadi warna ungu cerah. Seperti warna gandaria. Aku memandang Wanie dengan penuh perasaan ingin tahu. Nafas Wanie seolah-olah tertahan. Kemudian, dia berbisik padaku, "Mira, Perpustakaan Edium di dalam Perpustakaan Negara,".
        "Bagaimana Wanie tahu?" soalan pertama yang meluncur keluar dari mulutku daripada puluhan soalan yang lain.
        Wanie hanya mengangkat bahunya sahaja. Tangannya menyentuh tanah dan warna matanya berubah menjadi warna gandaria untuk jangka masa satu saat sahaja.
        "Memang sah, Mira. Perpustakaan Edium berada di Perpustakaan Negara,"
        Aku segera melutut di sebelah Wanie. Aku mencapai tangannya dan memeriksanya
dengan teliti.
        "Baiklah. Kita ke Perpustakaan Negara esok," aku berkata.
        Wanie membalas dengan anggukan tanda setuju.

        Apabila aku pulang ke rumah, aku menjelaskan kejadian tadi dan memberitahu mereka yang kita akan ke Perpustakaan Negara Malaysia esok.
        "Mira, bagaimana kita nak ke PNM? Tiada sesiapa di antara kita yang ada lesen memandu kereta," kata Syahirah.
        Benar tetapi pasti ada cara lain. "Kita akan ke sana menaiki kereta,-"
        "Tetapi ke sana bagaimana?" Syahirah memotong kata-kataku.
        "Aku dan Alif boleh memandu," kata Hanis.
        Kami semua memandang Hanis. Kagum. Benarkah apa yang dikatakan? Wah, bagus! Tetapi apabila dilihat kembali, dua kereta tidak mencukupi. Saudara-saudaraku mungkinlah cukup sebuah kereta, tetapi kawan-kawan perempuanku bagaimana pula?
        "Atiqah akan memandu satu lagi kereta," kata Ummi.
        "Apa!? Kau gilakah?" protes Atiqah.
        "Tak," jawab Ummi dengan selamba.
        Atiqah memandang Ummi. Mukanya seolah-olah mahu mencekik Ummi. Ummi memandang kembali muka Atiqah dengan muka yang menunjukkan tiada unsur-unsur ketakutan. Ummi bepaling ke arah dapur. Dia berganjak ke satu langkah ke belakang kemudian berjalan ke arah dapur. "Aku nak ke dapur. Sesiapa nak apa-apa?" soal Ummi. Dia seperti lupa apa yang telah berlaku tadi antara dia dan Atiqah.
        "Ummi-"
        "Kau ada hubungan erat dengan teknologilah, Atiqah. Tiada sesiapa mahu apa-apa? Ok!" kata Ummi dengan ceria.
        Hubungan erat? Teknologi? Apa yang Ummi katakan ni? Atiqah ingin menguji kebenaran kata-kata Ummi. Dia menyeluk tangannya ke dalam poket kanan seluarnya. Meraba-raba mencari sesuatu. Mungkin Pendrivenya. Atiqah mendongak memandangku dengan wajah yang terkejut.
        "Pendrive aku ada dua virus. Aku nampak virus tu cuba hancurkan data-data aku," katanya. Ummi baru sahaja pulang daripada dapur dengan membawa sebotol air sirap oren di tangan kanan, sebungkus biskut yang telah dibuka di sebelah tangan kiri dan sekeping biskut digigit di dalam mulutnya. Kami memandang Ummi dan dia memandang kami kembali.
        Ummi menarik biskut yang digigitnya supaya dia dapat bercakap. "Apa yang kamu semua pandang aku ni? Tadi tak cakap nak apa-apa. Jadi ni semua aku punyalah," Ummi memeluk botol airnya.
        "Kami bukan nak air kaulah. Aku cuma nak tanya. Kau boleh-"
        "Ramal masa hadapan?" Ummi menggigit sebahagian daripada biskutnya. "Hm, ya. Dan aku boleh menyelami masa silam," dia sambung mengunyah biskutnya.
        Walaupun Ummi kata dia boleh ramal masa hadapan, bolehkah Atiqah memandu esok? Kita tengok dahulu.

        Keesokkan harinya, kami sudah bersedia untuk bertolak ke PNM. Kami akan menaiki tiga buah kereta iaitu Toyota Avanza, Naza Ria dan Produa Alza. Alif akan memandu Toyota Avanza yang dinaiki oleh tujuh ahli lelaki kami. Hanis pula memandu Produa Alza manakala Atiqah memandu Produa Alza. Aku, Adila, Husna, Aliah, Ain, Aqilah, Aini, Nik dan Wanie akan menemani Atiqah sepanjang perjalanan ke PNM.
        Atiqah menukar gear kepada reverse kemudian mengundur. Atiqah nyaris-nyaris melanggar tiang elektrik ketika dia menggostankan kereta. Dia dapat mengendali dan mengawal kereta dengan baik. Benar, kata-kata Ummi. Aku menyuruh Hanis dan Alif memandu di belakang Atiqah. Dengan lafaz Bismillah, aku menyuruh Atiqah memulakan perjalanan. Alhamdulillah, aku ingat jalan untuk ke PNM. Sepanjang perjalanan kami ke PNM jalan lengang. Rasanya kami boleh berkelah di tengah-tengah jalan. Gerenti tiada gangguan langsung.

        Kami sampai di PNM dengan selamat. Tiga-tiga kereta diletakkan di hadapan perpustakaan. Sekarang kami perlu cari di mana Perpustakaan Edium. Tetapi di mana boleh sebuah perpustakaan bersorok di dalam perpustakaan lain. Aku memanggil Wanie. Aku melutut di hadapannya kemudian menyuruhnya melutut juga. Wanie menunjukkan ekspresi yang keliru. Aku segera menarik tangannya supaya dia dapat melutut. Aku rasa Wanie 'peta' kita. Aku memandang Wanie yang keliru serta takut dengan apa yang bakal aku lakukan. Aku memberikannya muka yang boleh meyakinkan dirinya. Wanie, jangan takut. Kita cuma nak tahu di mana Perpustkaan Edium. 
        Aku mengambil tangan Wanie kemudian meletakkannya di atas lantai dengan lembut. Wanie memandang gerak-geri tangannya. Perasaan takut dapat dikesan di dalam matanya. Tetapi itu semua berubah apabila tangannya berlaga dengan lantai. Ia berubah menjadi warna gandaria.
        "Wanie? Awak tahu di mana Perpustakaan Edium?" aku memandang mata Wanie yang sudah kembali menjadi warna coklat gelap. Wanie mengangguk.
        "Jom. Kita tunjukkan," Wanie berdiri kemudian membersihkan tangannya daripada debu.
        "Semua! Mari sini. Kita akan pergi ke Perpustakaan Edium," aku memanggil keluargaku.
        Wanie membawa kami ke dalam Perpustakaan Negara dan berjalan menghala ke lif. Semua memasuki lif itu dengan serentak. Yang menakjubkan adalah buzer jika lif itu penuh tidak berbunyi walaupun 26 pelajar telah memasukinya. Perjalanan bagi menyelamatkan keluarga kami sudah ke peringkat seterusnya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home